Sunday 18 May 2014

FORMULA MEMBUAT KEROPOK



KEROPOK IKAN & UDANG 

Bahan 

Tepung Ubi 1 kg 
Garam Halus Secukup rasa 
Gula Secukup rasa 
Bahan Perasa (Monosodium Glutimate) Secukupnya 
Air Bersih untuk merebus ikan Secukupnya 
Isi Ikan* 1 kg 
Fish Flavour/Prawn Flavour 

* Atau isi udang 


Cara Membuat Keropok Ikan: 
• Ikan dibersihkan dan direbus; diambil isinya sahaja dan tulangnya diasingkan. Hancur-haluskan Isi Ikan dengan blender, dan disukat sebanyak 1 kg. 
• Gaulkan 1 kg Isi Ikan yang sudah diblender tadi dengan 1 kg Tepung Ubi bersama Garam, Gula, Bahan Perasa (Flavour) dan Air Rebusan ikan tadi sehingga sebati; setakat boleh diuli, lembut menjadi doh. 
• Bentukkan adunan menjadi bulat-panjang, kira-kira antara 6 inci hingga 1 kaki panjangnya dan dikukus selama 1 hinga 1 1/2 jam; tutupkan api.. 
• Angkat, dan biarkan adunan sejuk sendiri, dittos sehingga ia menjadi pejal. Ini adalah Keropok Lekor (jika mahu membuat Keropok Lekor). 
• Hiris adunan nipis-nipis dan dijemur sehingga kering; dan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik. 

Nota: 
1.  Ikan hendaklah jenis yang sesuai untuk dibuat keropok. 
2.  Tepung Sagu boleh digunakan menggantikan Tepung Ubi. 
3.  Untuk menjadikan Keropok dapat tahan lama dan tidak berkulat, Sodium Benzoate dimasukkan ke dalam Air Bersih terlebih dahulu. Sodium Benzoate yang digunakan mestilah tidak melebihi 0.07%, iaitu bagi setiap 5 kg berat kesemua adunan yang sudah dibancuh, gunakan 3.75 gram Sodium Benzoate. Adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang jika Sodium Benzoate digunakan berlebihan daripada yang dihadkan sebagai bahan pengawet atau preservatif. 
4. Jika membuat Keropok Udang, adunannya sama juga dengan membuat Keropok Ikan, tetapi hanya menggunakan isi udang. Oleh kerana udang mahal harganya, boleh ditambah Perasa Udang Tiruan ke dalam adunan. 


PERUSAHAAN MEMBUAT KEROPOK 

Peralatan Asas: 
• Mesin pengasing tulang dengan isi ikan (Deboner Machine). 
• Mesin Penggaul (Mixer). 
• Mesin Pembentuk (Stuffer Machine). 
• Pengukus dan periuk/kawah untuk memasak air kukusan. 
• Mesin Penghiris (Chopper Machine). 
• Peralatan untuk menyimpan ikan supaya ikan tidak rosak dan busuk. 

No comments:

Post a Comment