Sunday 18 May 2014

Formula Membuat Belacan


BAHAN asas belacan ialah udang geragau/bari/kepal dan garam. Udang yang digunakan untuk diproses menjadi belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan.

Bahan:
10 kg Udang Geragau/Bari/Kepal
1 kg Garam Halus


langkah
1) Udang geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus meratai ke semua udang yang digunakan.

2) Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm – 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.

3) Udang yang bergaram yang telah dijemur sepruh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu.

4) Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi

5) Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.

6) Hasil belacan kemudiannya dibentuk dan dibungkus menggunakan pembungkus yang sesuai. Biasanya pembungkus yang sesuai bagi Belacan ialah bernama PVDC CoatedOriented Laminated to cast PP.

*Bagi menghsilkan 20 kg belacan, gunakan: 50 kg udang geragau dan sebanyak 5 kg garam halus. 
Faktor pengeringan akan menjadikan berat akhir berkurangan selepas air tersejat.

No comments:

Post a Comment