Monday 19 May 2014

MAHU DUIT LEBIH

Anda akan mempunyai pengetahuan yang akan meningkatkan ekonomi. Tambahkan pendapatan anda dengan pengetahuan ini. Anda mahu mahir dalam bidang pilihan ....... BEBOLA DAGING, BEBOLA IKAN, BELACAN, BISKUT KRIM KREKER, BURGER/FRANKFURTER, CILI BOH, CINCAU, CUKA, FUCUK, GULA-GULA KOKO, JERUK BUAH-BUAHAN, KEREPEK PISANG, KEROPOK IKAN, KICAP KARAMEL, KORDIAL DAN JUS, KUETIAU, MAKANAN IKAN, MAYONNISE, MINUMAN AIR HALIA, MINUMAN BERKHASIAT TONGKAT ALI, MINUMAN BERKHASIAT KACIP FATIMAH, MINUMAN BERPERISA EPAL, MINUMAN BERPERISA LIMAU, MINUMAN ISOTONIK. Pilih satu.... Ikutilah blog ini sentiasa dan saya akan beritahu satu persatu....

FORMULA UNTUK MEMBUAT JUS KACIP FATIMAH


FORMULA UNTUK MEMBUAT JUS TONGKAT ALI


FORMULA UNTUK MEMBUAT JUS DAN KORDIAL


FORMULA UNTUK MEMBUAT KUETIAU


FORMULA UNTUK MEMBUAT SOS KARAMEL


Bahan:

2 liter Air Garam (larutan 20%, iaitu 500g Gram + 2000 ml Air)
37.5g Tepung Gandum
2.5 g TVP Soy Protein
37.5g Karamel
37.5g Gula Pasir
46 g Monosodium glutamate (mengikut keperluan)
1.37g Sodium Benzoate

Cara Memproses:

1. Blender 2.5g TVP Soy Protein dengan 500 ml Air Panas sehingga hancur-larut.

2. Bancuh 1.5 liter Air Garam dengan 37.5 kg Tepung Gandum dan TVP Soy Protein (No.1) yang telah diblender tadi; dan diblender hingga sebati, dan dimasak adunan hingga mendidih di dalam perik, sambil dikacau terus.

3. Masukkan 37.5g Gula Pasir, kacau sehingga sebati larut.

4. Masukkan 1.37g Sodium Benzoate, dikacau sebati.

5. Masukkan 37.5g Karamel, kacau sebati.

6. Tuang kicap karamel ke dalam botol-botolnya semasa kicap itu panas ke dalam botol-botol dan dan ditutup segera dengan penutupnya yang juga stril. [Botol Kicap hendaklah stril, dibasuh bahagian dalamnya dengan larutan Air + Sodium Benzoate, iaitu dibancuh 30 liter air + 30g Sodium Benzoate untuk membersih/stril botol dan penutupnya.]

Nota:

1. Kemasinan rasa kicap adalah mengikut amaun garam yang digunakan.
2. Kepekatan produk adalah mengikut amaun Tepung Gandum yang digunakan.
3. Amaun protein dalam kandungan produk adalah mengikut amaun TVP Soy Protein yang digunakan.
4. Kehitaman warna produk adalah mengikut amaun Karamel yang digunakan.
5. Kemanisan rasa produk adalah mengikut amaun Gula Pasir yang digunakan.
6. Monosodium glutamate ialah Aji-no-moto; amaunnya adalah mengikut keperluan sendiri.
7. Sodium Benzoate ialah bahan pengawet (preservative), amaun yang digunakan mestilah mengikut sukatan.     

FORMULA UNTUK MEMBUAT CILI BOH