Monday 19 May 2014

MAHU DUIT LEBIH

Anda akan mempunyai pengetahuan yang akan meningkatkan ekonomi. Tambahkan pendapatan anda dengan pengetahuan ini. Anda mahu mahir dalam bidang pilihan ....... BEBOLA DAGING, BEBOLA IKAN, BELACAN, BISKUT KRIM KREKER, BURGER/FRANKFURTER, CILI BOH, CINCAU, CUKA, FUCUK, GULA-GULA KOKO, JERUK BUAH-BUAHAN, KEREPEK PISANG, KEROPOK IKAN, KICAP KARAMEL, KORDIAL DAN JUS, KUETIAU, MAKANAN IKAN, MAYONNISE, MINUMAN AIR HALIA, MINUMAN BERKHASIAT TONGKAT ALI, MINUMAN BERKHASIAT KACIP FATIMAH, MINUMAN BERPERISA EPAL, MINUMAN BERPERISA LIMAU, MINUMAN ISOTONIK. Pilih satu.... Ikutilah blog ini sentiasa dan saya akan beritahu satu persatu....

FORMULA UNTUK MEMBUAT JUS KACIP FATIMAH


FORMULA UNTUK MEMBUAT JUS TONGKAT ALI


FORMULA UNTUK MEMBUAT JUS DAN KORDIAL


FORMULA UNTUK MEMBUAT KUETIAU


FORMULA UNTUK MEMBUAT SOS KARAMEL


Bahan:

2 liter Air Garam (larutan 20%, iaitu 500g Gram + 2000 ml Air)
37.5g Tepung Gandum
2.5 g TVP Soy Protein
37.5g Karamel
37.5g Gula Pasir
46 g Monosodium glutamate (mengikut keperluan)
1.37g Sodium Benzoate

Cara Memproses:

1. Blender 2.5g TVP Soy Protein dengan 500 ml Air Panas sehingga hancur-larut.

2. Bancuh 1.5 liter Air Garam dengan 37.5 kg Tepung Gandum dan TVP Soy Protein (No.1) yang telah diblender tadi; dan diblender hingga sebati, dan dimasak adunan hingga mendidih di dalam perik, sambil dikacau terus.

3. Masukkan 37.5g Gula Pasir, kacau sehingga sebati larut.

4. Masukkan 1.37g Sodium Benzoate, dikacau sebati.

5. Masukkan 37.5g Karamel, kacau sebati.

6. Tuang kicap karamel ke dalam botol-botolnya semasa kicap itu panas ke dalam botol-botol dan dan ditutup segera dengan penutupnya yang juga stril. [Botol Kicap hendaklah stril, dibasuh bahagian dalamnya dengan larutan Air + Sodium Benzoate, iaitu dibancuh 30 liter air + 30g Sodium Benzoate untuk membersih/stril botol dan penutupnya.]

Nota:

1. Kemasinan rasa kicap adalah mengikut amaun garam yang digunakan.
2. Kepekatan produk adalah mengikut amaun Tepung Gandum yang digunakan.
3. Amaun protein dalam kandungan produk adalah mengikut amaun TVP Soy Protein yang digunakan.
4. Kehitaman warna produk adalah mengikut amaun Karamel yang digunakan.
5. Kemanisan rasa produk adalah mengikut amaun Gula Pasir yang digunakan.
6. Monosodium glutamate ialah Aji-no-moto; amaunnya adalah mengikut keperluan sendiri.
7. Sodium Benzoate ialah bahan pengawet (preservative), amaun yang digunakan mestilah mengikut sukatan.     

FORMULA UNTUK MEMBUAT CILI BOH


FORMULA UNTUK MEMBUAT SOSEJ


FORMULA UNTUK MEMBUAT KEREPEK PISANG


FORMULA UNTUK MEMBUAT MINUMAN AIR HALIA


FORMULA UNTUK MEMBUAT MINUMAN ISOTONIK


FORMULA UNTUK MEMBUAT MINUMAN BERPERISA


FORMULA UNTUK MEMBUAT JERUK BUAH-BUAHAN


FORMULA UNTUK MEMBUAT FUCUK


FORMULA UNTUK MEMBUAT CUKA MAKAN


Sunday 18 May 2014

Formula Membuat Mayonis


FORMULA MEMBUAT KEROPOK



KEROPOK IKAN & UDANG 

Bahan 

Tepung Ubi 1 kg 
Garam Halus Secukup rasa 
Gula Secukup rasa 
Bahan Perasa (Monosodium Glutimate) Secukupnya 
Air Bersih untuk merebus ikan Secukupnya 
Isi Ikan* 1 kg 
Fish Flavour/Prawn Flavour 

* Atau isi udang 


Cara Membuat Keropok Ikan: 
• Ikan dibersihkan dan direbus; diambil isinya sahaja dan tulangnya diasingkan. Hancur-haluskan Isi Ikan dengan blender, dan disukat sebanyak 1 kg. 
• Gaulkan 1 kg Isi Ikan yang sudah diblender tadi dengan 1 kg Tepung Ubi bersama Garam, Gula, Bahan Perasa (Flavour) dan Air Rebusan ikan tadi sehingga sebati; setakat boleh diuli, lembut menjadi doh. 
• Bentukkan adunan menjadi bulat-panjang, kira-kira antara 6 inci hingga 1 kaki panjangnya dan dikukus selama 1 hinga 1 1/2 jam; tutupkan api.. 
• Angkat, dan biarkan adunan sejuk sendiri, dittos sehingga ia menjadi pejal. Ini adalah Keropok Lekor (jika mahu membuat Keropok Lekor). 
• Hiris adunan nipis-nipis dan dijemur sehingga kering; dan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik. 

Nota: 
1.  Ikan hendaklah jenis yang sesuai untuk dibuat keropok. 
2.  Tepung Sagu boleh digunakan menggantikan Tepung Ubi. 
3.  Untuk menjadikan Keropok dapat tahan lama dan tidak berkulat, Sodium Benzoate dimasukkan ke dalam Air Bersih terlebih dahulu. Sodium Benzoate yang digunakan mestilah tidak melebihi 0.07%, iaitu bagi setiap 5 kg berat kesemua adunan yang sudah dibancuh, gunakan 3.75 gram Sodium Benzoate. Adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang jika Sodium Benzoate digunakan berlebihan daripada yang dihadkan sebagai bahan pengawet atau preservatif. 
4. Jika membuat Keropok Udang, adunannya sama juga dengan membuat Keropok Ikan, tetapi hanya menggunakan isi udang. Oleh kerana udang mahal harganya, boleh ditambah Perasa Udang Tiruan ke dalam adunan. 


PERUSAHAAN MEMBUAT KEROPOK 

Peralatan Asas: 
• Mesin pengasing tulang dengan isi ikan (Deboner Machine). 
• Mesin Penggaul (Mixer). 
• Mesin Pembentuk (Stuffer Machine). 
• Pengukus dan periuk/kawah untuk memasak air kukusan. 
• Mesin Penghiris (Chopper Machine). 
• Peralatan untuk menyimpan ikan supaya ikan tidak rosak dan busuk. 

Formula Membuat Gula-gula Koko


Formula Membuat Daging Burger


Formula Membuat Cincau


Formula Membuat Biskut Kreker


Formula Membuat Belacan


BAHAN asas belacan ialah udang geragau/bari/kepal dan garam. Udang yang digunakan untuk diproses menjadi belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan.

Bahan:
10 kg Udang Geragau/Bari/Kepal
1 kg Garam Halus


langkah
1) Udang geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus meratai ke semua udang yang digunakan.

2) Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm – 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.

3) Udang yang bergaram yang telah dijemur sepruh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu.

4) Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi

5) Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.

6) Hasil belacan kemudiannya dibentuk dan dibungkus menggunakan pembungkus yang sesuai. Biasanya pembungkus yang sesuai bagi Belacan ialah bernama PVDC CoatedOriented Laminated to cast PP.

*Bagi menghsilkan 20 kg belacan, gunakan: 50 kg udang geragau dan sebanyak 5 kg garam halus. 
Faktor pengeringan akan menjadikan berat akhir berkurangan selepas air tersejat.

Formula Membuat Bebola Ikan



Formula Membuat Bebola Daging


BAHAN-BAHANNYA

1000 gram Daging lembu yang pejal dan berkualiti
 430 gram Lemak daripada daging lembu
 645 ml air bersih
 230 gram TVP Protein Soya
 50 gram S-971 Protein Soya Isolate
 36 gram garam halus
 30 gram PERISA**

CARA MEMPROSES

1. Daging dan lemak yang telah dibersihkan perlu dibekukan dalam peti sejuk.

2. Bancuh 230 gram TVP Protein Soya dan 50 gram S-971 Protein Soya Isolate dengan separuh air bersih , kacau hingga sebati.

3. Gaulkan No. 1 dan No.2 dengan 36 gram garam halus dan juga 30 gram perisa. Lumatkan dalam mesin pengisar. Kemudian bulat-bulatkan seperti bebola sama ada dengan mesin atau tangan.

4. Kukus dalam pengukus hingga masak.

**PERISA Bawang merah, jintan manis, serbuk kayu manis, MSG dan sebarang rempah ratus kerahsiaan ciptaan anda. Simpan rahsia sukatan campuran anda itu dan pastikan anda tidak membuat campuran bahan untuk perisa ini secara hentam keromo.

Saturday 17 May 2014